Sejarah Falsafah matematik

Asal-usul matematik masih berada dalam perhujahan dan pertentangan. Persoalan sama ada kelahiran matematik berlaku secara rawak atau disebabkan oleh keperluan dalam perkembangan bidang-bidang lain seperti fizik masih menjadi topik perbahasan.[1][2] Falsafah matematik Barat dapat ditarikh balik ke zaman Pythagoras yang menggambarkan teori bahawa "semua perkara ialah matematik" (matematikisme), Plato yang menuruti Pythagoras, dan mengkaji sifat ontologi perihal matematik, dan Aristoteles yang mempelajari logik dan isu-isu yang berkait dengan ketakterhinggaan.